Lelaki nafi anggotai ‘Geng Upik’

LocalPolitics
25 Jan 2025 • 4:44 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Jo Ann Mool

Kota Kinabalu: Seorang lelaki berusia 52 tahun meminta dibicarakan bagi tuduhan menganggotai kumpulan jenayah terancang “Geng Upik” di Mahkamah Tinggi di sini Jumaat.

Manan Ungok, yang dihadapkan ke hadapan hakim Datuk Celestina Stuel Galid mengaku tidak bersalah melakukan kesalahan itu, di sini, antara Jun 2015 dan 2016.

Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});Pertuduhan mengikut Seksyen 130V(1) Kanun Keseksaan itu membawa hukuman penjara antara lima tahun dan 20 tahun, jika sabit kesalahan.

Pihak pendakwaan memohon tarikh sebutan lain dan Celestina menetapkan 4 Feb untuk pengurusan kes praperbicaraan.

SPONSORED CONTENT How Spritzer’s silica rich natural mineral water makes your skin healthier When it comes to skincare, the first thought on our minds would be beauty products such as serums, creams, and masks. However, beauty experts and even researchers have stated that drinking more water can be just as crucial for your skin's health. Read more Kes Manan dipindahkan ke Mahkamah Tinggi dari Mahkamah Sesyen pada sesi pagi.

Manan pertama kali dibawa ke hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Elsie Primus untuk pertuduhan dibacakan kepadanya tanpa pengakuannya direkodkan, sebelum kesnya dipindahkan ke Mahkamah Tinggi.

Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Lina Hanini Ismail dan Siti Hajar Mat Radzi.

Manan, yang tidak diwakili, diperintah direman lanjut sementara menunggu tarikh sebutan.

Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});Pada 22 Mac 2024, empat belas individu termasuk seorang Datuk, turut didakwa di Mahkamah Tinggi atas kesalahan serupa.

14 individu itu mengaku tidak bersalah melakukan kesalahan itu, di sini, antara 2015 dan 2023.

Mereka ialah Datuk Maslan Sani, 41, Fazrul Bahar, 32, Norsyafilah Pawawoi, 27, Shahlan Shah Abdul Samad, 37, Mahathir Jibarail, 49, Zulkahar Dusing, 38, Nelson Yen Yee Chung, 46, Alkan Abraham, 35, Mohd Faridzul Asmahadi, 31, Mohd Fikrie Asme, 28, Rahman Burijin, 44, Jaisalfian Jaineh @ Zaini, 45, Mohd Fauzie Rablin, 33, dan Mazlan Mahmud, 41.

View Original Article