Lelaki New Zealand Jatuh Bangunan Elak Dicekup Imigresen

21 Feb 2023 • 9:33 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR - Tindakan seorang lelaki warga New Zealand yang cuba melarikan diri daripada pemeriksaan Jabatan Imigresen (JIM), membawa padah selepas cedera akibat terjatuh dari tingkat 14 sebuah bangunan.

Dalam kejadian kira-kira jam 5 petang tadi, lelaki berusia 36 tahun itu mengalami kecederaan di bahagian tangan dan pinggul.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Hafisham Mohd Noor berkata, pihaknya menerima maklumat kejadian pada jam 5.15 petang.

Menurutnya, 10 anggota dari Balai Bomba Damansara dikejarkan ke lokasi kejadian untuk menurunkan mangsa yang cedera di bangunan yang terletak di Phileo Damansara.

“Lelaki tersebut terjatuh dari tingkat 14 bangunan terbabit ke tingkat 11 akibat melarikan diri daripada pihak Imigresen.

“Dia mengalami kecederaan di bahagian tangan dan tulang pinggul. Anggota bomba yang tiba di lokasi membantu menurunkan lelaki tersebut menggunakan pengusung,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Katanya, sebaik diturunkan, lelaki tersebut diberikan rawatan awal oleh pasukan Bulan Sabit Merah yang turut hadir ke lokasi untuk memberikan bantuan perubatan. - Getaran, 21 Februari 2023

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved