Lelaki nyaris maut motosikal dihempap pokok tumbang

LocalEnvironment
28 Aug 2025 • 11:55 AM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

KEPALA BATAS, 28 OGOS: Seorang lelaki nyaris maut selepas motosikalnya dihempap pokok tumbang berhampiran Masjid Jamek Nurussaadah dekat Lahar Tabut Penaga, di sini, awal pagi tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang John Sagun Francis berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 4.55 pagi sebelum menggerakkan sepasukan anggota dari Balai Bomba Penyelamat (BBP) Kuala Muda ke lokasi kejadian.

“Sebaik tiba anggota mendapati sebatang pokok telah tumbang dan menghempap motosikal jenis Yamaha Lagenda ditunggangi seorang lelaki berusia 43 tahun.

“Anggota kemudian menjalankan kerja-kerja pemotongan dan pembersihan sebelum mangsa dapat diselamatkan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

John berkata mangsa mengalami kecederaan ringan dan telah dibawa ambulans Kementerian Kesihatan (KKM) ke hospital untuk menerima rawatan lanjut, sementara operasi ditamatkan pada 7.24 pagi.

- BERNAMA

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved