Lelaki OKU bisu meninggal dunia akibat disamun, kaki tangan diikat -“Syurga buatmu..”

9 May 2024 • 4:17 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Seorang lelaki OKU bisu meninggal dunia dalam keadaan kaki dan tangannya diikat selain mulut disumbat dengan kain dalam kejadian samun di sebuah rumah di Guar Perahu, Permatang Pauh, semalam.

Berita mengenai pemergiaan lelaki OKU itu mendapat perhatian ramai terutama dalam kalangan masyarakat setempat yang mengenalinya.

image is not available

Lelaki OKU bisu meninggal dunia

Insiden itu disahkan oleh Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Helmi Aris dan memaklumkan ibu mangsa turut ditemui dengan tangan dan kaki diikat menggunakan ‘cable tight’ serta mulut disumbat dengan kain dalam bilik berasingan.

Kejadian berkenaan disedari oleh bapa mangsa berusia 80-an selepas mendapati rumahnya dalam keadaan selerak sebelum membuat pemeriksaan di bilik isteri dan anak yang berusia 40-an.

Menurutnya, pada jam 6.30 pagi, bapa mangsa yang tidur bilik berasingan mendapati keadaan rumah berselerak dipercayai disamun membuat pemeriksaan ke bilik isterinya dan menjumpai wanita itu dalam keadaan diikat, mulutnya disumbat dengan kain dan mengalami cedera di bahagian jari kanan.

image is not available

“Hasil siasatan awal polis mendapati tempat kejadian merupakan rumah kampung dua tingkat dan hanya mereka bertiga tinggal di dalam rumah berkenaan.
“Pemeriksaan dibuat dibilik anaknya yang merupakan OKU bisu pula mendapati dia juga diikat dan mulutnya disumbat dengan kain namun dalam keadaan tidak sedarkan diri,”katanya.

Hasil pemeriksaan oleh pegawai perubatan Hospital Bukit Mertajam mengesahkan mangsa telah meninggal dunia di lokasi kejadian dan mayatnya dihantar ke Unit Forensik Hospital Seberang Jaya untuk bedah siasat.

image is not availableSuspek ada 10 rekod jenayah termasuk dadah

Siasatan yang dilakukan mendapati dua orang suspek dipercayai terlibat dengan kejadian samun berkenaan dan mereka dipercayai bersenjatakan parang ketika melakukan jenayah terbabit.

Selepas berjaya masuk dan mengikat mangsa, suspek kemudiannya mengeledah rumah sebelum melarikan barang berharga, wang tunai serta sebuah televisyen.

Susulan daripada itu, seorang lelaki berusia 40-an telah ditahan bagi membantu siasatan dan hasil semakan mendapati suspek mempunyai 10 rekod jenayah lampau termasuk lima berkaitan dadah.

image is not available

Tiada lagi penyeri budak-budak sekolah

Sementara itu, video dimuat naik di platform TikTok memaparkan mangsa sedang menanti di pintu pagar sekolah rendah berhampiran dengan rumah mendapat perhatian warganet.

Menerusi video tersebut, pengguna media sosial itu memaklumkan arwah seorang insan yang baik hati dan suka akan budak-budak.

“Dalam kenangan penyeri kanak-kanak di SKGP (Sekolah Kebangsaan Guar Perahu) sejak 2000 hingga 2024.
“Tenanglah kamu disana,”tulisnya ringkas.

Arwah juga sering membantu para pelajar di sekolah berkenaan seperti mengangkat beg sekolah mereka dan menunggu pelajar sekolah.

image is not available image is not available image is not available image is not available image is not availableimage is not available image is not available image is not available image is not availableimage is not available image is not available

 

Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat dan melihat kejadian tersebut diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat, Asisten Superintenden Assan Alimudin di talian 012-4418081 atau di mana-mana balai polis berhampiran.

Sumber: TikTok (@yayaunly), BH Online (Nur Izzati Mohamad)