Lelaki OKU ditemukan lemas dalam kolam

18 Apr 2025 • 4:44 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

KOTA BHARU: Seorang lelaki orang kurang upaya (OKU) lembam ditemukan lemas selepas dipercayai terjatuh ke dalam kolam berhampiran rumahnya di Kampung Binjai, Machang, semalam.

Ketua Polis Daerah Machang Supt Ahmad Shafiki Hussin berkata laporan berhubung kematian mangsa berusia 29 tahun itu dibuat di Balai Polis Pulai Chondong pada 10.16 malam tadi.

“Lelaki itu dibawa ke Hospital Machang dalam keadaan tidak sedarkan diri dan disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ahmad Shafiki berkata pemeriksaan fizikal terhadap mangsa mendapati tiada kesan kecederaan berunsur jenayah dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved