Lelaki OKU hilang di Raub ditemui selamat

20 Jan 2025 • 10:57 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Mangsa ditemui dalam keadaan lemah dibawa ke Hospital Lipis untuk mendapatkan rawatan lanjut. Foto Facebook JBPM Raub

KUANTAN - Lelaki orang kurang upaya (OKU) yang dilaporkan hilang selepas keluar membawa lembu ke sebuah ladang sawit berhampiran rumahnya di Kampung Ulu Atok, Sega, Raub pada Rabu minggu lalu ditemui selamat pada Ahad.

Mangsa, Zulkifli Ramli, 44, seorang penggembala lembu ditemui pasukan penyelamat kira-kira jam 3.30 petang di lokasi kira-kira 2.2 kilometer dari rumahnya.

Berdasarkan kenyataan Polis Raub melalui Facebook rasminya, mangsa dijumpai dalam keadaan lemah dengan luka-luka kecil pada badan serta berkaki ayam.

"Mangsa telah dibawa ke Hospital Lipis untuk mendapatkan rawatan lanjut," katanya.

Susulan penemuan mangsa itu, operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa telah ditamatkan.

Sebelum ini polis meminta kerjasama orang ramai bagi membantu mengesan mangsa yang dilaporkan hilang Rabu lalu.

Ahli keluarganya tampil membuat laporan polis pada hari berikutnya selepas mangsa didapati tidak pulang ke rumah.

Operasi SAR juga digerakkan pada Khamis minggu lalu.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved