Lelaki OKU ‘Hilang Nyawa’, Ditembak Di Kepala Ketika Sedang Buat Live TikTok

22 Oct 2023 • 2:24 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Seorang lelaki kurang kelainan upaya (OKU) yang duduk di atas kerusi roda ditembak mati secara tragis sewaktu sedang melakukan penstriman langsung di TikTok, lapor dailymail.

Lelaki dikenali Pedro Luis Toala Rezabala, 33, atau lebih dikenali Lagrimita, dibunuh di Portoviejo, Ecuador, kira-kira jam 9.45 malam (waktu tempatan) pada 17 Oktober lalu.

Insiden itu dirakama dalam penstriman langsungnya, manakala rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di lokasi kejadian turut merakamkan detik terakhirnya selepas ditembak dengan kejam di jalanan.

Menerusi rakaman tersebut, mangsa duduk di kerusi rodanya selepas keluar dari rumah pada waktu malam.

Dia juga dilihat melukis gambar senjata api ketik dua lelaki tiba dengan menaiki sebuah motosikal sebelum melepaskan tembakan.

Lelaki ketiga, kemudiannya muncul dan melepaskan tembakan di kepala Rezabala dari arah belakang. Mereka kemudiannya melarikan diri.

Dalam rakaman tersebut, Rezabala juga dilaporkan bersama seorang rakannya, namun berjaya melarikan diri tanpa mengalami kecederaan.

image is not available

image is not available

Menurut laporan, mangsa mempunyai rekod jenayah rompakan, pengedaran dadah, tingkah laku ganas dan memiliki senjata haram.

Sumber: Dailymail