Lelaki Orang Asli meninggal dunia ketika cari buluh

22 Mar 2023 • 9:20 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Seorang lelaki Orang Asli yang dipercayai sesat ketika mencari buluh di Bukit Damansara, Petaling Jaya ditemui meninggal dunia pada Selasa. - Foto Bomba Selangor

PETALING JAYA - Seorang lelaki Orang Asli ditemui meninggal dunia selepas dipercayai sesat ketika mencari buluh di Bukit Damansara di sini pada Selasa.

Pengarah Bomba Selangor, Morni Mamat berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai insiden orang hilang pada jam 10.42 malam sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Damansara dikejarkan ke lokasi.

Menurutnya, mangsa berusia 48 tahun dikatakan telah keluar dari rumah pada jam 8 pagi dan sepatutnya pulang pada 2 petang.

"Bagaimanapun, sehingga jam 8 malam, ahli keluarga memaklumkan mangsa yang mempunyai sejarah penyakit jantung masih belum pulang ke rumah.

"Pihak bomba yang tiba di lokasi menjumpai motosikal mangsa dan usaha mencari dijalankan bersama ketua komuniti dan penduduk Kampung Desa Temuan," katanya pada Rabu.

Beliau berkata, mangsa akhirnya dijumpai dalam keadaan tidak sedarkan diri pada jam 11.33 malam di atas bukit dalam jarak kira-kira 300 meter dari lokasi motosikalnya.

Katanya, mangsa telah disahkan meninggal dunia oleh pihak hospital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved