Lelaki pandu lawan arus ditahan bersama lebih 2 kg dadah

9 Sep 2023 • 1:02 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

TAWAU: Seorang suspek pengedar dadah yang cuba melarikan diri dengan memandu melawan arus dalam sekatan jalan raya di Jalan Timur, di sini, ditahan polis bersama 2.162 kilogram syabu.

Ketua polis daerah Tawau, ACP Jasmin Hussin berkata, dalam kejadian sekitar jam 12 tengah hari Rabu lepas, lelaki warga tempatan berumur 30 tahun itu memandu kereta Proton Satria Neo.

“Hasil pemeriksaan ke atas kenderaan itu, polis menemui satu bungkusan plastik mengandungi empat bungkusan plastik lutsinar berisi bahan disyaki dadah jenis syabu.

“Pemeriksaan lanjut di dalam bonet kereta itu menemukan sebuah kotak bertutup yang didalamnya terdapat dua bungkusan plastik hijau bertulisan ‘guanyinwang’ berisi dadah,” tambahnya.

SPONSORED CONTENT Daily Express members: Enjoy 1 for 1 signature cocktails and more at Hyatt Centric Kota Kinabalu Kota Kinabalu: DAILY EXPRESS is partnering with Hyatt Centric Kota Kinabalu to offer an exclusive deal for our members. Read more Jasmin berkata, anggaran berat kasar dadah tersebut adalah 2,162.40 kg bernilai sekitar RM120,000, dipercayai untuk pasaran tempatan.

Tambahnya, suspek yang turut memiliki rekod jenayah melibatkan dadah iaitu Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 pada tahun 2016, didapati negatif dadah melalui ujian air kencing.

“Dia ditahan reman tujuh hari untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya.

Seksyen itu memperuntukkan hukuman mati, jika sabit kesalahan.

Mengulas lanjut, Jasmin berkata, polis masih meneruskan siasatan untuk mengenal pasti jika kes itu melibatkan sindiket dan mengalu-alukan kerjasama serta maklumat daripada orang awam untuk sama-sama membanteras kegiatan dadah di daerah itu.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.