Lelaki parah ditembak lelaki tidak dikenali

26 Nov 2023 • 8:43 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Seorang lelaki cedera parah selepas ditembak dengan sepucuk senapang oleh individu tidak dikenali di Bakong, di sini pada Sabtu.- Foto hiasan

MARUDI - Seorang lelaki cedera parah selepas ditembak dengan sepucuk senapang oleh individu tidak dikenali di Bakong, di sini pada Sabtu.

Dalam kejadian sekitar tengah hari itu, suspek dikatakan melepaskan dua das tembakan yang menyebabkan mangsa cedera di kaki kiri.

Berikutan kejadian itu, mangsa yang identitinya masih dirahsiakan itu, telah dirujuk ke Hospital Miri untuk rawatan lanjut.

Mangsa dikatakan membawa sejumlah wang untuk membayar hasil jualan sawit penduduk setempat.

Difahamkan, satu laporan polis telah diterima dan pihak polis sedang melengkapkan kertas siasatan berhubung kes itu.

Kes disiasat di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan. - Awani