Lelaki parah ditetak depan kedai serbaneka

17 Dec 2025 • 6:07 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Video tular memaparkan seorang lelaki bersenjatakan parang menyerang mangsa di hadapan kedai serbaneka sebuah residensi Batu Caves pada Ahad lalu.

GOMBAK - Seorang lelaki tempatan cedera parah selepas diserang dan ditetak menggunakan parang oleh seorang individu di hadapan kedai serbaneka sebuah residensi Batu Caves di sini pada Ahad lalu.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Noor Ariffin Mohamad Nasir berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu daripada pegawai perubatan Jabatan Kecemasan Hospital Selayang kira-kira jam 10.35 pagi.

"Mangsa berusia dalam lingkungan 20-an dipercayai diserang oleh seorang lelaki tempatan tidak dikenali sebelum ditetak menggunakan parang sehingga mengalami kecederaan parah," katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Noor Ariffin berkata, bertindak atas maklumat, polis memberkas empat suspek pada hari sama.

"Kesemua mereka ditahan reman selama tujuh hari sehingga Ahad.

"Tangkapan susulan dijalankan pada Selasa dan Rabu melibatkan empat lagi suspek lelaki tempatan yang direman selama enam sehingga Isnin," katanya.

Tambah beliau, kes disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan.

Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi pegawai penyiasat Inspektor Muhammad Hakimie Razally di talian 011-33352585 atau Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak di talian 03-61262222.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved