Lelaki parah jatuh di pusat beli-belah

6 Sep 2025 • 3:07 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

Kota Kinabalu: Seorang lelaki berusia 35 tahun dari Selangor cedera parah selepas terjatuh dari tingkat atas sebuah pusat beli-belah di sini, Jumaat.

Difahamkan, ini adalah kejadian kedua di premis sama, selepas insiden pertama berlaku dua tahun lalu ketika bulan Ramadan melibatkan seorang lelaki yang jatuh berhampiran kawasan menghadap The Shore.

Dalam kejadian terbaharu sekitar jam 11.40 pagi itu, mangsa dilaporkan jatuh dan menghempap sebuah kereta Perodua Viva yang diletakkan di bahagian pusat beli-belah menghadap Segama. Lelaki berkenaan dipercayai menetap di kawasan Segama.

Beberapa orang awam yang menyaksikan kejadian segera menghubungi pihak keselamatan sebelum pasukan kecemasan dimaklumkan. Impak jatuhan turut menyebabkan kerosakan pada kenderaan berkenaan yang dimiliki seorang penduduk tempatan berusia 40 tahun.

Pemilik kenderaan terbabit kemudian membuat laporan polis.

Pegawai Penyiasat Polis Kota Kinabalu, Talif bersama pasukannya bergegas ke lokasi, mengawal kawasan, mengumpul bahan bukti serta mengambil keterangan saksi.

Mangsa yang cedera parah segera dikejarkan ke hospital untuk rawatan kecemasan. Bagaimanapun, keadaannya setakat laporan ini masih belum dimaklumkan.