Lelaki parah kenderaan terbabas, rempuh parit

1 Mar 2025 • 4:00 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Clarence Dol

RANAU: Seorang lelaki tempatan berusia 33 tahun cedera parah apabila kenderaan yang dipandunya terbabas sebelum merempuh sebuah parit, dekat sini, awal Khamis.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ranau, Ridwan Mohd Taib, berkata kejadian berlaku berhampiran Kampung Kibas di sini, jam 1 pagi.

Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});“Panggilan mengenai kejadian diterima melalui Talian Balai jam 1.11 pagi, dan sepasukan sembilan anggota yang diketuai oleh Komander Operasi, PBK II Waslie bin Saupin, dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Setibanya di lokasi yang terletak kira-kira tujuh kilometer dari balai, kami mendapati sebuah kenderaan jenis Proton Iswara terbabas dari jalan.

SPONSORED CONTENT How Spritzer’s silica rich natural mineral water makes your skin healthier When it comes to skincare, the first thought on our minds would be beauty products such as serums, creams, and masks. However, beauty experts and even researchers have stated that drinking more water can be just as crucial for your skin's health. Read more “Terdapat seorang mangsa lelaki yang berjaya dikeluarkan oleh pihak bomba dan mengalami pelbagai kecederaan.

“Mangsa diberikan rawatan awal sebelum diserahkan kepada untuk dibawa ke hospital bagi rawatan lanjut. Selepas memastikan tiada lagi bahaya di lokasi, operasi ditamatkan jam 2.39 pagi,” katanya.

Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});Sementara itu, beliau mengingatkan semua pemandu agar lebih berhati-hati ketika memandu, terutama di jalan kampung yang sempit dan berselekoh.

“Orang ramai dinasihatkan supaya lebih berhati-hati ketika memandu dalam keadaan hujan serta di atas jalan rosak atau dalam proses pembaikan.

Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});“Sentiasa peka ketika berada di jalan raya dan berikan kerjasama yang baik kepada pengguna jalan lain. Pandulah dengan perlahan, terutama di kawasan jalan tidak rata,” katanya.