Lelaki Perancis sesat di Taman Negara Pulau Pinang

20 Feb 2024 • 10:56 AM MYT
Scoop.my
Scoop.my

News You Can Use, Investigative Reports, Sports, Videos, and Analysis

image is not available

BALIK PULAU - Seorang lelaki warga Perancis sesat lebih lapan jam ketika menjalankan aktiviti mendaki di Taman Negara Pulau Pinang di Teluk Bahang.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada Younes Oukali, 37, pada 6.07 petang semalam memaklumkan mangsa telah sesat.

"Berikutan itu pihak bomba terus menjalankan operasi mencari dan menyelamat dengan melakukan pendakian serta bantuan bot oleh pihak Taman Negara Pulau Pinang untuk ke Teluk Kampi.

Beliau berkata mangsa yang boleh dihubungi menerusi telefon bimbitnya ditemukan pada 1.22 pagi dan dibawa ke Hospital Pulau Pinang untuk pemeriksaan lanjut.

Menurutnya seramai 17 pegawai serta anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Balik Pulau terlibat dalam operasi itu yang tamat sepenuhnya pada 4.58 pagi ini. - 20 Februari, 2024

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved