Lelaki Pukul Ibu Mentua Hingga Maut Kerana Geram Asyik Diberi Teguran

LocalPolitics
24 Sep 2024 • 11:40 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available

Di Desa Purbayan Kecamatan Baki, Sukoharjo, Indonesia, seorang lelaki berusia 35 tahun telah memukul ibu mentuanya di kepala dengan menggunakan tukul sehingga maut.

Menerusi laporan Detik, Ketua Unit Siasatan Jenayah Polis Sukoharjo, AKP Dimas Bagus Pandoy berkata kejadian ini berlaku kerana lelaki tersebut tidak suka dengan teguran yang sering kali diberikan oleh ibu mentuanya itu.

Disebabkan rasa geram suspek telah memukul kepala mangsa sehingga menyebabkan cedera parah.

Kejadian ini berlaku pada 15 September lalu, Namun, selepas seminggu menerima rawatan mangsa akhirnya meninggal dunia pada 22 September.

Dimas juga menjelaskan bahawa pada awalnya keluarga mangsa tidak berniat melaporkan kejadian ini. Namun, setelah mangsa meninggal dunia, keluarga akhirnya memutuskan untuk membuat laporan kepada pihak polis.

Semalam, kami terus menangkap suspek di rumahnya, setelah menerima laporan dari pihak keluarga.

Dalam kes ini, suspek berdepan dengan tuduhan di bawah Seksyen 351 perenggan 3 Kanun Keseksaan berkaitan penganiayaan yang mengakibatkan kehilangan nyawa, dan berdepan hukuman penjara maksimum 7 tahun.

image is not available

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook & Telegram.
Rujukan kami: Detik


Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved