Lelaki Ramal Khairul Aming Bakal Jadi Bilionair Malaysia Yang Seterusnya

LocalEntertainment
4 Jan 2025 • 9:47 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available

Siapa yang tidak kenal dengan Khairul Aming, seorang usahawan dan pempengaruh popular, yang berjaya memikat hati ramai dengan video masakan kreatifnya serta kejayaan luar biasa produk ‘Sambal Nyet’ yang sentiasa menjadi rebutan.

Baru-baru ini, seorang pengguna TikTok bernama Saify Akhtar berkongsi, beliau percaya bahawa Khairul Aming mempunyai peluang yang sangat cerah untuk menjadi bilionair pada masa depan.

Semangat KA sangat kuat, keuntungan bukan lagi fokus utama

image is not available
Kredit foto: Khairul Aming

Saify berkata, beliau mula melihat potensi yang ada pada Khairul Aming selepas membaca satu perkongsian dari Instagram usahawan itu.

Saify menjelaskan bahawa semangat yang ada pada Khairul Aming 10 tahun lepas masih ada sehingga hari ini.

Selepas baca perenggan pertama, dia tamatkan dengan perkataan ‘matter’ dan ‘enriching lives’. Ini sangat penting sebagai usahawan.

Dia (Khairul) dah tak driven by just profit tetapi purpose (bantu orang lain).

Bila mana seorang usahawan berjaya melalui titik peralihan ini (inflection point) dia akan mula melonjak naik pada tahap yang lain.-Katanya

Bukan sekadar bakal bilionair sahaja, tetapi bakal dermawan

image is not available
Kredit foto: Khairul Aming

Saify berkongsi lagi, Khairul Aming bukan sahaja akan menjadi seorang bilionair yang kaya dengan harta tetapi kaya dengan kebaikan yang akan banyak membantu ramai lagi rakyat Malaysia.

Beliau juga berkata satu nilai yang ada pada Khairul Aming yang kita boleh belajar adalah sifat humility dan self-awareness.

Dia tahu jalan depan ni lagi susah, tetapi dia masih berjalan ke depan. Kenapa? sebab sekarang bukan tentang dia sahaja tetapi kita semua. Itu yang membuatkan dia kuat dan bersemangat.

image is not available
Kredit foto: Khairul Aming

Saify juga akhiri perkongsian tersebut dengan berkata, beliau dan seluruh rakyat Malaysia sentiasa ada bersama untuk menyokongnya.

image is not available
Perkongisan daripada Khairul Aming yang menjadi rujukan Saify

image is not available

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook
Rujukan kami: Tiktok Saify Akhtar