Lelaki rebah ketika tunggu anak di sekolah

13 May 2023 • 3:22 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Seorang bapa rebah sebelum meninggal dunia ketika mengambil anak pulang dari sekolah di Tawang, Bachok pada Sabtu.

image is not available
Mangsa, Mohd Kamaruzam dikatakan tiba-tiba mengalami kekejangan dan jatuh sebelum meninggal dunia.

BACHOK - Seorang bapa tiba-tiba rebah ketika mengambil anak pulang dari sebuah sekolah di Tawang di sini pada Sabtu.

Mangsa, Mohd Kamaruzaman Yusof, 40an, dikatakan mengalami kekejangan dan jatuh sebelum meninggal dunia kira-kira jam 2.06 petang.

Adiknya, Marzuki, 32, ketika dihubungi memberitahu, mangsa merupakan seorang peniaga air dan mempunyai empat orang anak.

"Arwah merupakan anak sulung daripada 10 beradik.

"Saya bersama lapan adik beradik yang lain sekarang dalam perjalanan pulang ke kampung selepas mendapat perkhabaran tersebut," katanya.

AKAN MENYUSUL