Lelaki ‘Record’ Kawasan Mall Terkejut Gadis Tiba-Tiba Tunjuk Jari Tengah, Berang Dirakam Tanpa Kebenaran

21 Jun 2023 • 1:36 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Perbuatan mengambil gambar dan video tanpa kebenaran kini menjadi isu hangat yang dibincangkan netizen di media sosial.

Seperti yang tular di laman Twitter, seorang pengguna TikTok telah merakam kawasan di dalam sebuah pusat membeli belah.

Namun, secara tidak sengaja lelaki itu merakamkan dua orang gadis yang sedang berjalan di kawasan yang sama.

Lebih mengejutkan apabila salah seorang gadis berkenaan bertindak menunjukkan jari tengah kepada si perakam.

Masalahnya aku record dia ke sampai tunjuk cari macam tu.

image is not available

Bukan itu sahaja, gadis berkenaan turut membuat hantaran melalui Instagram Story meluahkan rasa berang dan mendakwa lelaki itu telah merakam dirinya tanpa kebenaran.

Kenapa nak record I turun escalator? What for? Suddenly I’m the villain and the rude one?

image is not available

Susulan itu, perkara tersebut kini menjadi perdebatan antara netizen dimana ada yang mempertahankan lelaki berkenaan dan mendakwa gadis itu hanya ‘perasan’.

Namun, ada juga yang menyokong tindakan gadis berkenaan dan menegaskan kesalahan budaya mengambil gambar atau video tanpa kebenaran.

image is not available

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 7 jam lalu

(VIDEO) "Kau Tengok Kurang Ajarnya Dia!" - Dua Lelaki Singapura Mengamuk Lepas Ditegur Isi Minyak Dalam Tong