
Kota Kinabalu: Seorang lelaki berusia 31 tahun dan remaja 18 tahun diperintahkan untuk membela diri terhadap pertuduhan merogol seorang gadis bawah umur.
Hakim Mahkamah Sesyen Elsie Primus membuat perintah itu ke atas Ramlan Jirirun dan remaja itu selepas memutuskan bahawa pihak pendakwaan telah membuktikan kes prima facie terhadap mereka.
Mahkamah menetapkan 18 -19 Jun tahun ini untuk pembelaan mereka.
Kedua-dua mereka didakwa merogol seorang gadis berusia 14 tahun antara jam 3 pagi dan jam 3.30 pagi pada 14 Januari 2022 di tepi laut di Kg Indarason Laut, Kudat.
SPONSORED CONTENT Hajiji says positive economic achievements prove Sabah govt’s commitment Kota Kinabalu: Chief Minister, Datuk Seri Hajiji Noor, emphasised that the positive economic achievements over the past three years underscore the Sabah government’s steadfast commitment to both the administration and development of the state. Read more Mereka didakwa mengikut Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun, dan sebat, jika sabit kesalahan.
Pihak pendakwaan telah memanggil enam saksi semasa perbicaraan.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Siti Hajar Mazlan manakala peguam Amirul Amin mewakili kedua-dua tertuduh.
Kedua-dua mereka diperintahkan direman lebih lanjut sementara menunggu kes mereka selesai.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
