Lelaki Rempuh Penuntut UniSZA Disahkan Penghidap Sakit Mental

LocalHealth & Fitness
6 Jan 2026 • 6:04 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

Pemandu Honda Jazz yang terlibat dalam kemalangan maut membabitkan penuntut Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) disahkan mempunyai rekod rawatan psikiatri di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), memetik Harian Metro.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Azli Mohd Noor, berkata lelaki berusia 32 tahun itu disahkan menghidap Major Depression Disorder (MDD) dan mempunyai rekod rawatan sejak Januari tahun lalu.

Advertisement

image is not available

Menurutnya, pemandu berkenaan yang mengalami kecederaan patah tangan kanan serta luka kecil di badan masih menerima rawatan di hospital.

“Kenderaan Honda Jazz dipandu lelaki itu adalah milik adiknya sendiri dan bukannya kenderaan curi seperti yang ditularkan di media sosial.”

“Sebelum kejadian, lelaki terbabit sempat menceroboh masuk ke dalam sebuah kenderaan jenis Honda City yang parkir di perkarangan Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah dan mencuri beberapa barangan termasuk wang tunai sebanyak RM200 milik pemilik kenderaan berkenaan.”

“Lelaki itu juga seterusnya masuk semula ke dalam Honda Jazz dan memecut kenderaan itu sebelum berlaku kemalangan di Jalan Kemajuan,” katanya.

Dalam masa sama, polis menasihatkan orang ramai agar menghentikan sebarang spekulasi serta penyebaran maklumat tidak sahih berkaitan insiden berkenaan.

Tambah Azli, lelaki itu akan ditahan bagi membantu siasatan dan kes disiasat mengikut Akta Pengangkutan Jalan 1987, Seksyen 41(1).

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available2026-01-06 10:42:44

Anak Saudara Dedah Mak Ayah Penuntut Unisza Sempat Lalu Tempat Kejadian - "Anak Siapalah Tu, Kesiannya..."

The post Lelaki Rempuh Penuntut UniSZA Disahkan Penghidap Sakit Mental first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.