Lelaki Rogol Adik Ipar Lepas Jemput Dari Sekolah, Bayar RM5 Untuk ‘Tutup Mulut’ – “Dia Bawa Mangsa Pergi Kawasan Semak Samun…”

5 Aug 2024 • 2:40 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Dalam asatu kejadian yang berlaku di Pamekasan, Madura, Indonesia seorang lelaki ditahan selepas didakwa merogol adik iparnya sendiri yang sedang mengalami masalah gangguan mental.

Lebih teruk lagi, mangsa kini dilaporkan mengandung 8 bulan selepas diperkosa abang iparnya berusia 23 tahun itu sejak tahun lepas.

Difahamkan, suspek melakukan perbuatan jijik itu terhadap adik iparnya selepas dia menjemput mangsa berusia 14 tahun pulang dari sekolah.

image is not available

Namun, dalam perjalanan pulang ke rumah, suspek telah membawa mangsa ke kawasan gelap dan dipenuhi semak samun sebelum merogolnya.

Suspek memberhentikan motor dan menyuruh mangsa turun sebelum mengarahkannya baring dalam keadaan terlentang di atas semak.

Mangsa kemudian diberikan wang berjumlah Rp20 (kira-kira RM5) oleh suspek sebagai bayaran agar dia mengunci mulut dan tidak melaporkan perbuatannya itu.

image is not available

Gambar hiasan

Kejahatan suspek terbongkar apabila mangsa disahkan hamil selepas dirogol sebanyak empat kali.

Suspek sudah ditahan polis selepas keluarga mangsa membuat laporan dan polis turut merampas bahan bukti iaitu baju wanita berwarna coklat bercorak kotak-kotak dan ‘skirt’ panjang.

Dia kini berdepan hukuman penjara lima hingga 15 tahun dan denda, paling banyak Rp15 juta (kira-kira RM4,080).

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 3 months ago

Bapa Dipenjara 20 Tahun, Perkosa Anak Kandung Hingga Lahirkan Dua Bayi. Ibu Pula Tahu Tapi Biarkan Sahaja!