Lelaki rogol wanita tepi jalan, cuba bunuh mangsa diarah jalani pemeriksaan psikiatri

10 Nov 2026 • 3:28 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Lelaki rogol wanita tepi jalan, cuba bunuh mangsa diarah jalani pemeriksaan psikiatri
Mahkamah Sesyen Kuala Kangsar hari ini memerintahkan seorang lelaki yang mengaku bersalah atas pertuduhan merogol seorang wanita dan cuba membunuh mangsa untuk menjalani pemeriksaan psikiatri di Hospital Bahagia, Tanjung Rambutan. Foto: Bernama
Image from: Lelaki rogol wanita tepi jalan, cuba bunuh mangsa diarah jalani pemeriksaan psikiatri
Tertuduh didakwa merogol mangsa di lokasi dan pada waktu sama

KUALA KANGSAR - Mahkamah Sesyen di sini hari ini memerintahkan seorang lelaki yang mengaku bersalah atas pertuduhan merogol seorang wanita serta cuba membunuh untuk menjalani pemeriksaan psikiatri di Hospital Bahagia, Tanjung Rambutan.

Hakim Nuur Hafiedzah Md Daud mengeluarkan perintah itu terhadap Marwan Mohd Nor, 38, mengikut Seksyen 342 Kanun Tatacara Jenayah selepas meneliti keadaan lelaki itu ketika membuat pengakuan bersalah terhadap pertuduhan tersebut.

Marwan juga meminta mahkamah menjatuhkan hukuman maksimum bagi pertuduhan merogol.

Mengikut pertuduhan pertama, dia didakwa cuba membunuh seorang wanita berusia 20 tahun sehingga menyebabkan mangsa mengalami kecederaan di tepi jalan Felda Lasah ke Lintang, di Lubuk Kelah Lintang, Sungai Siput pada jam 11.20 malam, 3 November.

**media[3706199]**

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 307(1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara selama 20 tahun dan boleh juga didenda, jika sabit kesalahan.

Selain itu, lelaki itu didakwa merogol mangsa di lokasi dan pada waktu sama dengan pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 376(2)(a) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak melebihi 30 tahun serta sebatan, jika sabit kesalahan.

Mahkamah menetapkan 21 Disember untuk sebutan semula kes dan mendapatkan laporan psikiatri.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Polis Diraja Malaysia Inspektor Nor A’in Ahmad. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved