
SANDAKAN: Seorang lelaki tempatan dipenjara 57 bulan pada Khamis kerana melakukan khianat dan mengugut seorang lagi lelaki hingga menyebabkan ketakutan.
Mohd Hasifuddin Yamin Jamain, 34, mengaku mengaku bersalah kepada kesemua lima tuduhan terhadapnya di hadapan dua Majistret.
Bagi tuduhan pertama hingga ketiga, Mohd Hasifuddin dipenjara 12 bulan setiap satu oleh Majistret Mohammad Azeem Mohd Ridzo, kerana melakukan khianat dengan menyimbah cat merah pada pintu hadapan tiga rumah berasingan.
Mahkamah memerintahkan hukuman penjara berjalan serentak bermula 22 November 2022.
SPONSORED CONTENT Shell’s Access to Energy helps power lives of isolated communities in Sabah Kota Kinabalu: In 2017, Sabah Shell Petroleum Co Ltd (SSPC) launched Access to Energy (A2E), a Shell Social Investment programme aimed at providing affordable and continuous supply of electricity from renewable sources for communities who live without connection to the electricity grid. Read more Bagi tuduhan keempat, Majistret Wan Farrah Farriza Wan Ghazali menjatuhkan hukuman penjara 12 bulan lagi ke atas tertuduh, juga kerana menyimbah cat merah pada pintu hadapan sebuah lagi rumah.
Mohd Hasifuddin melakukan empat kesalahan itu antara 22 November 2022 dan 21 Februari tahun ini di Taman Murni, Taman Bahagia, Taman Nuri dan Taman Kenari, di sini.
Kesalahan di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan itu memperuntukkan hukuman penjara antara satu tahun dan lima tahun, atau denda, atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.
Bagi tuduhan keempat, Wan Farrah memerintahkan Mohd Hasifuddin menjalani hukuman penjaranya berturut-turut dengan hukuman bagi tuduhan pertama hingga ketiga.
Bagi tuduhan kelima, Mohd Hasifuddin dipenjara sembilan bulan lagi kerana melakukan ugutan secara jenayah terhadap seorang lelaki dengan meninggalkan nota amaran bertulis, “Pinjam wang bayar wang. Ini amaran buat korang. Jika masih tak nak setellkan hutang saya pastikan buat teruk-teruk rumah awak. Dan saya pastikan korang tak senang hati rayakan Hari Raya”.
Mohd Hasifuddin melakukan kesalahan itu pada 19 Februari tahun ini di sebuah rumah teres di Taman Sejati, di sini.
Semasa rayuan, Mohd Hasifuddin yang tidak diwakili meminta dikenakan hukuman denda kerana perlu menjaga isteri dan empat anak, dengan tiga daripadanya masih bersekolah. Bagaimanapun, Pegawai Pendakwa ASP Zamri Zakaria memohon hukuman setimpal sebagai pengajaran kepada tertuduh dan orang awam agar tidak melakukan kesalahan jenayah seumpama di negara ini.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
