Lelaki simbah cat, tampal notis ugutan ditahan

9 Mar 2023 • 9:36 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available

ISKANDAR PUTERI - Polis menahan seorang lelaki yang dipercayai terlibat dalam kejadian simbah cat serta menampal notis ugutan selain bertindak mengunci pagar lapan rumah di Iskandar Puteri, Seri Alam dan Johor Bahru Selatan sejak 20 Februari lalu.

Menurut Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Rahmat Ariffin, hasil semakan di telefon bimbit milik lelaki berkenaan, terdapat lapan rakaman video kejadian simbah cat yang dipercayai dilakukannya.

“Bertindak atas maklumat, polis telah membuat tangkapan dan rampasan ke atas seorang lelaki pada Khamis.

“Hasil soal siasat awal, lelaki berkenaan mengaku terlibat dalam kesemua kejadian.

“Lelaki berkenaan direman sehingga 12 Mac untuk siasatan di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan (Khianat).

Siasatan lanjut akan dijalankan untuk mengenal pasti kes-kes yang melibatkan lelaki yang sama.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved