
Kota Kinabalu: Seorang lelaki yang bekerja sendiri dijatuhi hukuman penjara 10 bulan oleh Mahkamah Majistret pada Jumaat atas kesalahan menyimpan motosikal curi, dua tahun lalu.
Tommy Joibi, 36, mengaku bersalah di hadapan Majistret Stephanie Sherron Abbie kepada tuduhan menyimpan motosikal jenis Yamaha dicuri milik Alwee Noordin pada jam 5 petang 14 April 2021 di hadapan sebuah kedai, di Batu 10, Manggatal.
Mahkamah mendengar daripada pihak pendakwaan bahawa motosikal itu dilaporkan dicuri dari sebuah rumah di UCA 2, Manggatal pada 28 Mac 2021.
Tommy telah ditahan polis pada 14 April 2021 dan motosikal curi itu turut ditemui dalam simpanannya.
SPONSORED CONTENT Daily Express members: Enjoy 1 for 1 signature cocktails and more at Hyatt Centric Kota Kinabalu Kota Kinabalu: DAILY EXPRESS is partnering with Hyatt Centric Kota Kinabalu to offer an exclusive deal for our members. Read more Dia didakwa mengikut Seksyen 411 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara antara enam bulan dan lima tahun, dan boleh didenda, jika sabit kesalahan.
Tommy, yang tidak diwakili, memohon hukuman ringan. Pihak pendakwaan memberitahu mahkamah bahawa Tommy mempunyai dua rekod sabitan dan memohon hukuman setimpal.
Dalam kes lain, seorang pendawai didakwa mengugut untuk membunuh seorang lelaki dengan parang.
Pong Su Thsung, 62, mengaku tidak bersalah melakukan kesalahan itu terhadap Mario Suibol pada 8 pagi 2 Sept tahun ini di Taman Kendara dekat sini.
Pertuduhan mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan itu membawa hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.
Mahkamah menetapkan 9 Okt untuk pengurusan kes praperbicaraan dan melepaskan Pong dengan ikat jamin RM1,000 berserta seorang penjamin.
Sementara itu, seorang penganggur lelaki juga didakwa melakukan kesalahan sama.
Mohammad Shahfizan, 22, meminta dibicarakan bagi tuduhan secara jenayah menakut-nakutkan Adam Jibra dengan pisau daging pada 8 malam 31 Ogos di sebuah rumah di Kg Lok Kurai, Pulau Gaya.
Dia dilepaskan dengan ikat jamin RM1,500 berserta dua penjamin sementara menunggu pengurusan kes praperbicaraan pada 19 Sept.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
