Pada 16 April lalu, filem The Legend of Aang: The Last Airbender dimuat naik ke laman X oleh seorang pengguna. Filem yang sepatutnya ditayangkan di Paramount+ secara eksklusif ini telah berjaya dicuri sebelum disebarkan secara haram ke platform media sosial dan cetak rompak.

Munggu ini seorang lelaki Singapura berumur 26 tahun telah ditangkap di Singapura kerana dituduh mencuri The Legend of Aang: The Last Airbender daripada sebuah pelayar media selepas berjaya mengaksesnya secara haram. Beliau kini berhadapan denda SGD 50,00 atau penjara sehingga 7 tahun sekiranya didapati bersalah.
Semasa ditahan, pihak polis merampas beberapa peranti milik beliau dan menemukan satu salinan filem yang dicuri di dalamnya. Walaupun filem telah tertiris sepenuhnya, ramai peminat masih cuba menggesa Paramount menayangkannya di pawagam dan bukan sekadar di platform pesntriman.
Filem akan mengikuti perjalanan Aang beberapa tahun selepas tamatnya siri animasi The Last Airbender dengan kesemua watak utama kini semakin dewasa. Ia dibintangi oleh Dave Bautista, dan Steven Yeun dengan filem pada asalnya diumumkan pada tahun 2021.




