Lelaki syukur kahwini isteri walau tak pernah bercinta – “Jodoh rahsia tuhan”

25 Jun 2024 • 11:34 AM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

image is not available
Tak pernah bercinta

“Tak pernah bercinta, tak pernah kawan. Wajah hanya pernah lihat sekali, itu pon waktu merisik. Alhamdullilah, jodoh itu rahsia tuhan,”

Itu pendedahan yang dilakukan oleh seorang pemuda yang mengahwini wanita pilihannya meskipun tidak pernah mengenali secara mendalam telah berjaya tarik perhatian ramai.

Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh pemuda yang menggunakan akaun @bangnaih di TikTok, dia berkongsi hari bahagianya yang dihadiri oleh keluarga terdekat dan dipercayai majlis pernikahan itu telah diadakan di kediaman pengantin wanita.

Tak pernah bercinta

@bangnaih

Tak pernah bercinta,tak pernah kawan.Wajah hanya pernah lihat sekali ,itu pon waktu merisik.Allhamdullilah,Jodoh itu rahsia tuhan

♬ original sound – bangnaih – bangnaih

Dalam perkongsian tersebut, pemuda itu telah sah bergelar suami kepada Khadijah Ramlan dengan sekali lafaz dan menyerahkan mas kahwin berbentuk wang tunai berjumlah RM300.

Tak pernah bercinta

image is not available

image is not available

Alhamdulilah tahniah!

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen menzahirkan ucapan tahniah kepada pasangan tersebut dan memuji penampilan sederhana pengantin wanita.

image is not available image is not available

Semoga perkahwinan kekal hingga ke jannah

Dalam pada itu, ramai yang mendoakan agar mahligai yang dibina kekal hingga ke jannah dan berharap mereka sentiasa tabah dalam menghadapi ujian serta asam garam rumah tangga kelak.

image is not available image is not available image is not available image is not available

Sumber: TikTok @bangnaih