Lelaki tak mengaku rogol remaja bawah umur

LocalPolitics
29 Nov 2024 • 3:05 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Tertuduh diiringi anggota polis ketika dibawa ke Mahkamah Balik Pulau, pada Jumaat.

BALIK PULAU - Seorang remaja mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, atas pertuduhan merogol seorang remaja bawah umur pada Jumaat lalu.

Tertuduh Muhammad Nasrul Afiq Muhamad Ghani,18, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan ke atasnya dibacakan di hadapan Hakim Ahzal Fariz Ahmad Khairuddin.

Mengikut pertuduhan, lelaki didapati merogol seorang remaja perempuan berusia 14 tahun antara jam 1 hingga 1.30 pagi di sebuah rumah di kampung Balik Pulau di sini, pada 22 November lalu.

Bagi kesalahan itu tertuduh didakwa mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan yang boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun dan sebat, jika sabit kesalahan.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Lim Jin Hong manaka tertuduh tidak diwakili peguam.

Terdahulu, Jin Hong tidak menawarkan sebarang jaminan atas faktor mangsa merupakan remaja bawah umur selain kesalahan tertuduh adalah serius.

Hakim kemudiannya tidak membenarkan sebarang jaminan terhadap tertuduh dan menetapkan sebutan semula kes dan lantikan peguam pada 19 Disember depan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved