Lelaki yang menampar seorang pelajar sekolah dalam insiden perselisihan jalan raya di Saujana Impian, Kajang, tampil memberi penjelasan dan mengakui kesilapannya.
Baca laporan berkaitan:
Lelaki berjubah tumbuk pelajar hingga patah hidung di Kajang
‘Dah kenapa aniaya anak orang macam tu?’
Lelaki tumbuk pelajar hingga hidung retak ditahan polis
Dalam mesej yang dikirim kepada selebriti Caprice, individu yang memperkenalkan dirinya sebagai Amir Muttakin menjelaskan bahawa dia tidak menumbuk, sebaliknya menampar mangsa dua kali. Dia turut menegaskan bahawa tamparannya tidak mengenai pipi tetapi hidung pelajar tersebut.
Menurutnya, tindakannya berpunca daripada kemarahan terhadap cara pemanduan remaja terbabit yang didakwa memandu secara melulu dan membahayakan dirinya serta anak-anaknya di dalam kereta.
Serah diri dan mohon Caprice padam hantaran
Amir turut memaklumkan bahawa dia telah menyerahkan diri kepada polis di IPD Kajang dan menyerahkan bukti termasuk rakaman dashcam kepada pihak berkuasa bagi membantu siasatan.
- Harga Apam Talam RM6, add-on kelapa parut RM2 jadi perdebatan netizen
- Pemilik kapal dakwa Semboyan Malaysia ceroboh & ambil kenderaan, Yusuf Azmi beri penjelasan
- ‘Apa dosa anak syurga aku sampai kau buat macam ni?’
- Iklan PTPTN di KLIA2 buat peminjam ‘terasa’, cetus perdebatan netizen
- Pengguna terkejut secawan air RM10, bihun sup RM20 di bazar Jalan TAR
“Cuma buat masa ini saya dah serahkan diri kepada pihak PDRM dan semua bukti kepada pihak berkuasa. Mohon Cap turunkan posting dan beri laluan kepada PDRM buat siasatan,” katanya dalam mesej tersebut.
Sebelum ini, video pelajar lelaki berusia 17 tahun yang mengalami kecederaan di bahagian hidung tular di media sosial, mencetuskan kemarahan netizen. Susulan laporan polis yang dibuat oleh pelajar tersebut, lelaki berusia 39 tahun itu telah ditahan untuk siasatan di bawah Seksyen 325 Kanun Keseksaan dan Seksyen 279 Kanun Keseksaan.
Pihak polis masih menjalankan siasatan lanjut berhubung insiden ini.
The post Lelaki tampar pelajar sekolah beri penjelasan, akui kesilapan dan serah diri kepada polis appeared first on The Reporter.




