
BERN – Seorang lelaki di Switzerland menempa nama dalam Guinness World Records kerana menanam cili terpanjang dunia berukuran 52.32 sentimeter (sm), lapor agensi berita United Press International.
Jürg Wiesli pertama kali mencatatkan rekod cili terpanjang dunia pada Oktober 2017, apabila tanamannya merekodkan ukuran 44.95 sm dalam satu pertandingan di Jona, St. Gallen.
Wiesli memecahkan rekod dunia tersebut tahun berikutnya dengan cili sepanjang 50.54 sm.
Pencapaian terbaharu Wislie melayakkannya memegang rekod serupa buat kali ketiga apabila cili yang ditanam berukuran lebih 52 sm, baru-baru ini.
“Saya menyemai benih di dalam rumah pada Mac lalu di bawah lampu dengan suhu 28 darjah Celsius, sebelum menanamnya di luar kediaman penghujung April lalu.
“Saya menggemburkan tanah dengan baik. Pokok cili perlu kerap disiram dan baja yang seimbang tetapi tidak terlalu banyak. Jika tidak, pokok akan menghasilkan lebih banyak daun daripada cili,” kata Wiesli. – AGENSI
The post Lelaki tanam cili terpanjang dunia appeared first on Kosmo Digital.
