Lelaki Tegur Netizen Terlalu ‘Agungkan’ Mat Saleh Buat Konten Tentang Malaysia – “Mereka Lihat Kita Sebagai Lubuk Buat Duit”

21 Dec 2022 • 5:09 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Content creator ‘mat saleh’ dilihat tumbuh seperti cendawan lepas hujan di Malaysia ini dan kebanyakan daripadanya menggunakan budaya negara kita sebagai konten mereka.

Sebagai contoh, mereka akan menunjukkan kemahiran bertutur dalam bahasa Malaysia, mencuba makanan tradisional, mempromosikan bisnes dan macam-macam lagi.

Bukan itu sahaja, rakyat kita juga dilihat begitu kagum dan turut mengikuti mereka di media sosial membuatkan ia menjadi seperti satu trend untuk mereka mendapat ‘sokongan’ di negara ini.

image is not available 6 bulan lalu

"I Feel You Sir.." - Cari Parkir Tapi kena 'Scam' Dengan Kereta Kancil, CEO Mat Saleh Ini Naik Geram

Seorang lelaki dikenali sebagai Thaqib Shaker tampil menegur kebanyakan rakyat Malaysia yang terlalu ‘obses’ dengan konten daripada orang asing.

Katanya, netizen terlalu mengagungkan ‘mat saleh’ yang hadir di negara kita dan membuat konten menggunakan konteks budaya orang Malaysia terutamanya kaum Melayu.

Jelasnya, situasi itu sebenarnya membuatkan mereka ini melihat Malaysia dan penduduknya sebagai satu kelebihan buat mereka untuk menjana duit.

Ini bukan soal kita cemburu pada mereka tetapi sebagai peringatan kepada rakyat Malaysia. Orang putih tak pernah suka orang Asia apatah lagi orang Muslim.”

Tegur Thaqib lagi, sikap rakyat Malaysia yang gemar mengagungkan ‘mat saleh’ ini akan membuatkan mereka angkuh dan rasa hebat.

Ruangan komen video itu di TikTok dibanjiri dengan pendapat daripada warganet yang bersetuju dengan teguran dan apa yang dikatakan oleh Thaqib itu.

Ramai akui sedar dengan trend di mana rakyat Malaysia terlalu kagum dengan ‘mat saleh’ yang kononnya mahu mempromosikan Malaysia.

Malah, ruangan komen dan juga like diterima oleh mereka ini kebanyakannya adalah daripada rakyat Malaysia sendiri, bukanlah orang dari luar negara.

image is not available

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved