Lelaki Temui Ajal Gara-Gara Makan ‘Oyster’ Mentah Di Restoran

20 Sep 2023 • 3:35 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Tiram tersebut mengandungi bakteria

Lelaki Temui Ajal Gara-Gara Makan ‘Oyster’ Mentah Di Restoran. Seorang lelaki ditemui maut beberapa hari selepas makan tiram mentah di sebuah restoran.

Memetik laporan Independent, seorang lelaki Amerika Syarikat dilaporkan meninggal dunia selepas makan tiram mentah yang mengandungi bakteria.

image is not available
Lelaki Temui Ajal Gara-Gara Makan ‘Oyster’ Mentah Di Restoran. Kredit: CARI

Pada mulanya, lelaki tersebut dikejarkan ke hospital bagi mendapatkan rawatan segera namun, disahkan meninggal dunia beberapa hari kemudian.

Menurut doktor Philip Keiser, Pihak Berkuasa Kesihatan Tempatan Galveston County menyatakan bahawa mangsa dipercayai mempunyai beberapa masalah kesihatan.

“Dia mempunyai masalah hati selain beberapa masalah kesihatan yang lain. Lelaki itu juga bergantung kepada beberapa jenis ubat-ubatan yang mengekang sistem imunisasinya.

image is not available

“Secara kebetulan, masalah kesihatan yang dihadapinya menyebabkan dia benar-benar terdedah kepada jangkitan vibrio vulnificus,” katanya.

Dikatakan, tiram tersebut memiliki bakteria vibrio vulnificus yang disebabkan oleh haba melampau ketika musim panas di sana.

image is not available

Mereka yang mengalami beberapa simptom seperti mual, muntah-muntah dan kesan ruam yang cepat merebak ke seluruh badan berisiko dijangkiti bakteria tersebut.

Susulan itu, pihak berkuasa menyarankan kepada mereka yang mengalami simptom yang sama selepas memakan makanan laut segera mendapatkan rawatan daripada doktor.

Baca lagi artikel menarik: