Lelaki tercampak atas jalan raya, tayar lori dipercayai ‘terbang’ ke arah motosikal

LocalCars
24 Aug 2024 • 7:50 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Seorang lelaki tercampak atas jalan raya setelah sebuah tayar dipercayai daripada sebuah lori tiba-tiba melayang ke arah motosikal ditunggangnya.

Difahamkan, kejadian berlaku kira-kira jam 11.46 pagi semalam di Simpang Taman Bukit Seputeh berdekat pusat beli-belah Mid Valley.

image is not available

Lelaki tercampak atas jalan raya

Menerusi rakaman kamera papan pemula yang tular di media sosial, sebuah tayar dipercayai milik sebuah lori yang berada dihadapan dengan motosikal berkenaan tiba-tiba melayang ke lorong tengah.

Mangsa kemudiannya tercampak ke atas jalan raya sebelum motosikal ditunggangnya berpusing beberapa kali dan tayar terkena cermin sebuah kereta pemilik video kamera papan pemuka.

Difahamkan, penunggang motosikal tersebut terselamat, namun mengalami kecederaan di beberapa bahagian termasuk kepala.

image is not available

Nasib sempat elak

Pemilik kenderaan yang dikenali sebagai Elmi meluahkan rasa syukur apabila dia sempat mengelak daripada mangsa ketika tercampak di hadapan keretanya.

“Ni ‘dashcam’ kereta aku ni, ada ‘business card’ aku atas ‘dashboard’. Semalam nasib baik aku sempat elak.
“Kalau aku punya respon teruk, mungkin tayar kereta aku dah gilis ‘brader’ tu atau tayar lori tu dah kena dekat aku. Syukur hidup lagi ‘brader’ tu dengan aku harini.

image is not available

Mangsa tanya mana kawan-kawan dan cermin mata?

Berkongsi lanjut mengenai perkembangan mangsa, Elmi berkata lelaki itu bertanya mengenai rakan-rakannya dan cermin mata selepas terjatuh daripada motosikal.

“Dia (mangsa) tanya mana spek dia. Kitorang cari atas jalan, jumpa. Bagi dia spek dia. Dia pegang spek dia, tapi dia masih tanya soalan mana spek saya tu 30 kali,” ciapnya.

image is not available

Sehingga kini, rakaman video itu telah mendapat lebih 500 ribu tontonan di aplikasi X dan menerima pelbagai reaksi dalam kalangan warganet.

Sumber: X ELMIELMO