Lelaki terima hidayah peluk Islam 2 hari sebelum Ramadan, ibu restu & tak bantah

2 Mar 2025 • 2:02 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Seorang lelaki terima hidayah peluk Islam semalam iaitu sehari sebelum Ramadan disambut dengan penuh kesyukuran setelah sekian lama mendalami ajaran agama itu.

Muhammad Khalid Alwalid Abdullah, 22, yang sebelum ini menganut agama hindu melafazkan syahadah di Jabatan Agama Islam Johor (JAIJ) dengan bimbingan Ustaz Syed Musa Syed Abu Bakar.

Kongsinya, nama Islam tersebut diberikan oleh abang angkatnya, Ruzaimi, yang menjadi antara individu terdekat menyokong perjalanannya mengenali Islam.

Lelaki terima hidayah peluk Islam

Muhammad Khalid juga amat bersyukur hatinya terbuka dan rela memeluk agama Islam, lebih-lebih lagi mendapat restu daripada ibunya.

“Keputusan saya memeluk Agama Islam dibuat dengan hati yang tenang, lebih-lebih lagi apabila ibu saya merestui keputusan yang saya buat.

“Alhamdulillah, emak dan lima adik beradik tidak membantah malah memberikan persetujuan.
“Sebelum ini saya memang mengikuti ceramah oleh ustaz-ustaz di laman sosial seperti TikTok, hati saya tertarik untuk mendalami islam.
“Malah sebelum menjadi seorang Muslim, saya berpuasa hari Isnin dan Khamis selama dua bulan dengan dorongan rakan dan keluarga jiran yang juga keluarga angkat saya,”katanya.

image is not available

Menurut anak kelima dari enam beradik itu, ramadan kali ini membawa makna besar buatnya kerana pertama kali dapat menunaikan solat tarawih secara berjemaah selang sehari selepas memeluk Islam.

“Saya rasa syukur tetapi dalam masa sama gementar sebab ini kami pertama saya solat di masjid. Alhamdulillah rakan dan keluarga angkat banyak membantu, mereka mudahkan saya untuk semua urusan termasuk menyediakan kelengkapan solat.
“Keluarga angkat saya ada jiran yang duduk berdekatan di Kota Masai. Mereka pelawa sahur dan berbuka bersama-sama. Mereka menerima saya seperti anak sendiri.” katanya lagi.

Sementara itu, ibu angkatnya, Normala Abdullah, 60, tidak dapat menyembunyikan rasa syukur dan kegembiraannya terhadap keputusan besar yang dibuat oleh Muhammad Khalid.

Dengan penuh kasih, beliau menegaskan bahawa keluarganya akan terus memberikan sokongan penuh, bukan sahaja dari segi praktikal tetapi juga moral.

“Kami berjiran sejak dia kecil, dia selalu datang ke rumah dan berkawan rapat. Malah, ramai kawan-kawannya juga beragama Islam,” katanya.

image is not available

Normala turut bertanya secara jujur kepada Muhammad Khalid mengenai keputusannya dan menitipkan kata-kata semangat.

“Saya tanya dia, kamu masuk Islam kerana hati atau pengaruh kawan? Dia jawab dengan yakin, ini keputusannya sendiri, tanpa sebarang paksaan.”
“Saya pesan, jangan risau. Allah sentiasa memberi rezeki kepada hamba-Nya. Jangan rasa susah. Sepanjang Ramadan ini, saya ajak dia berbuka dan bersahur bersama keluarga saya.”ujar Normala.

Sumber: Harian Metro (Omar Ahmad)