Lelaki terjatuh ketika mandi air terjun

Local
1 Jun 2026 • 5:04 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Lelaki terjatuh ketika mandi air terjun
Seorang lelaki Bangladesh cedera selepas terjatuh di Air Terjun Taman Eco Rimba Rawang pada Isnin.

RAWANG - Seorang lelaki warga Bangladesh cedera selepas terjatuh di Air Terjun Taman Eco Rimba di sini pada Isnin.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan kejadian pada jam 10.46 pagi.

Menurutnya, sepasukan anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Rawang telah digerakkan ke lokasi kejadian dan mendapati mangsa dalam keadaan sedar dan cedera.

"Mangsa telah terjatuh semasa mandi di laluan air terjun berketinggian anggaran 50 meter.

"Mangsa mengalami cedera di kepala, pinggang, belakang badan dan kaki," katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Tambahnya, mangsa telah berjaya dibawa turun dan diserahkan pada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sebelum dikejarkan ke Hospital Selayang untuk tindakan selanjutnya.

 

 

View Original Article