Lelaki Terkejut Kena ‘Game’, Dapat Tahu Isteri Sama Jantina Lepas 12 Hari Nikah

6 May 2024 • 10:59 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available

Lelaki mana yang tidak terkejut apabila mengetahui wanita yang dinikahi ternyata seorang lelaki. Lebih menyedihkan, pembongkaran ini berlaku hanya 12 hari selepas pasangan itu bergelar sebagai suami isteri.

Menurut laporan Detik.Com, lelaki yang dikenali sebagai AK tidak menyangka isterinya, Adinda Kanza seorang lelaki walaupun sudah berkawan sejak setahun lalu.

Namun, dia mula curiga dengan Adinda apabila dilihat tidak suka bergaul dengan keluarga dan masyarakat serta menolak permintaanya untuk lakukan hubungan intim.

image is not available

Selain itu, keluarga AK berkunjung ke rumah Adinda juga terkejut apabila ayah Adinda sendiri mengesahkan bahawa anaknya adalah lelaki.

Setelah itu keluarga AK, mendapatkan Adinda hinggalah dia mengakui bahawa dia sebenarnya adalah seorang lelaki.

Keluarga AK sangat terkejut dengan fakta itu, sebab semasa mereka dinikahkan Adinda mengatakan bahawa ayahnya hilang, hingga mereka dinikahkan oleh wali hakim.

Selepas AK mengetahui dirinya ditipu, dia telah membuat laporan polis dan siasatan mendapati Adinda berjaya mengaburi mata publik dengan penampilan seperti perempuan.

Apatah lagi apabila dia mengenakan solek memang mirip wanita, jika diperhatikan daripada foto pernikahan mereka juga terlihat seperti wanita.

Suaranya juga lembut, jadi langsung tidak menimbulkan keraguan bahawa dia adalah lelaki.

Kejadian yang berlaku di Indonesia ini, raih perhatian netizen dan Adinda telah ditahan pihak polis bagi siasatan lanjut.

Kredit: Detik.Com

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.