Lelaki Terkejut Nampak Lembaga Dipercayai Pocong Dalam Ladang Ayam, Sempat ‘Pelangkung’ Sebelum ‘Cabut’ Lari

Entertainment
16 Mar 2023 • 2:41 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Lelaki Terkejut Nampak Lembaga Dipercayai Pocong Dalam Ladang Ayam, Sempat ‘Pelangkung’ Sebelum ‘Cabut’ Lari

Tular di media sosial Indonesia berkenaan satu video yang memaparkan penampakan kelibat dipercayai Pocong di sebuah ladang ayam.

Video perkongsian penampakan itu dikongsi oleh seorang pengguna TikTok yang menggunakan nama @sinweywey di akaun miliknya.

Berdasarkan pemerhatian dalam video tersebut, dapat dilihat kelibat entiti berwarna putih yang berbungkus sedang berdiri tegak di satu ruangan dalam ladang ayam tersebut.

Pocong dalam ladang ayam

Video itu turut memaparkan aksi seorang lelaki yang dipercayai pekerja ladang ayam itu pada mulanya hanya fokus pada ayam di dalam ladang tersebut tanpa menyedari keberadaan kelibat berkenaan.

Dia kemudiannya dapat dilihat terkejut dan cuba menghalau kelibat putih terbabit.

image is not available
Kredit TikTok

image is not available
Kredit TikTok

Kelibat itu juga dapat dilihat bergerak-gerak sewaktu lelaki tersebut cuba menghalaunya menggunakan sejenis peralatan untuk menghalau ayam.

Selepas tidak berjaya menghalau kelibat pocong itu, lelaki itu akhirnya bertindak berlari lintang pukang meninggalkan ladang ayam tersebut.

Video berdurasi 1 minit 12 saat itu telah mendapat tontonan melebihi 3.4 juta dan lebih 126k tanda suka.

Berdasarkan muat naik perkongsian itu, video penampakan tersebut dipercayai berlaku di negara Indonesia.

Muat naik video itu turut mendapat komen pelbagai daripada pengguna TikTok yang menontonnya.

Antara komen yang mendapat perhatian adalah:

image is not available
Kredit TikTok

image is not available
Kredit TikTok

image is not available
Kredit TikTok

Terdahulu, Siakap Keli turut pernah melaporkan berkenaan satu sosok lembaga putih yang dirakam seakan sedang leka menonton televisyen di sebuah klinik.

Video tersebut telah dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok yang menggunakan nama @tga.aizat4321.

Menurut perkongsian itu, video tersebut dipercayai berjaya dirakam oleh seorang pengawal keselamatan yang sedang membuat rondaan di sebuah klinik.

Klinik itu didakwa masih belum beroperasi dan berada di negeri utara tanah air iaitu Perlis.

Berdasarkan kapsyen dalam video itu, lembaga putih misteri yang sedang khusyuk tengok TV itu dipercayai sebagai pontianak.

Pengawal keselamatan itu dapat didengari cuba berkomunikasi dengan lembaga berkenaan.

“Sat lagi tutup tv balik nah. Assalammualaikum. Cuba kalih nak tengok sikit. Oh tengah tengok tv, takpa-takpa. Tapi nak minta tolong, nanti tutup balik tv,” borak pengawal keselamatan tersebut dalam dialek utara kepada lembaga misteri berkenaan.

Sumber: TikTok