
Tuaran: Seorang lelaki berdepan detik cemas apabila melihat seekor ular tedung selar berada di dalam reban arnab peliharaannya di Kampung Menguwou dekat sini, Ahad lalu.
Pengadu dikenali sebagai Matius, 45, berkata kejadian pada jam 12.50 tengah hari itu disedarinya ketika dia membersihkan ruangan reban arnab yang terletak berhampiran rumah.
Advertisement“Ketika itu, saya sedang membersihkan ruangan reban dan terkejut melihat pergerakan agresif seekor ular tedung selar di dalamnya.
“Reptilia itu bertindak demikian berkemungkinan terkejut selepas menyedari kehadiran saya, dan saya bergegas menghubungi pihak Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) untuk mendapatkan bantuan,” katanya.
SPONSORED CONTENT Shell Sabah Deepwater Production Manager Earns Unsung Hero Award Daily Express had the opportunity to interview Musti whose story reflects the power of determination and resilience. Read more Terdahulu, Pegawai APM Daerah Tuaran, Jimmy Alberto Tining berkata, selepas menerima aduan jam 12.57 tengah hari, sepasukan anggota dikerah ke lokasi kejadian.
“Sebaik tiba, skuad APM mendapati ular sepanjang dua meter yang dianggarkan seberat 1 kilogram itu berada di reban milik pengadu dan bertindak menangkap ular terbabit,” katanya, menambah operasi menangkap ular itu mengambil masa 15 minit.
Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});Jimmy berkata, operasi ditamatkan pada jam 2.10 petang manakala reptilia itu dilepaskan ke habitat asal yang jauh dari kawasan rumah penduduk.
Sementara itu, satu lagi aduan membabitkan ular sawa batik berukuran tiga meter turut diterima di Penempatan Telipok pada hari sama.
Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});Difahamkan, kejadian dilaporkan oleh seorang wanita berusia 25 tahun pada jam 7.44 malam dan sepasukan anggota APM bergerak ke lokasi untuk menangkap reptilia berkenaan.
Reptilia dianggarkan seberat 10 kilogram yang ditemukan di celah longgokan sampah itu berjaya ditangkap sebelum operasi ditamatkan pada jam 8.24 malam.
