
PENAMPANG: Seorang lelaki maut di rumahnya selepas terbabit dalam pergaduhan yang tercetus di kawasan perumahan di Putatan di sini kira-kira jam 7 pagi, Selasa.
Pemangku Ketua Polis Daerah Penampang DSP Sammy Newton berkata, mangsa yang berusia 28 tahun dihantar ke Hospital Queen Elizabeth 1 untuk bedah siasat selepas disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan.
“Susulan itu, Bahagian Siasatan Jenayah Penampang menahan lima lelaki bagi membantu siasatan.
“Siasatan mendapati ketika kejadian, kesemua individu itu berada di bawah pengaruh alkohol dan berlaku perselisihan faham sehingga menyebabkan pergaduhan.
SPONSORED CONTENT K.T.I. achieves RM140 million sales Kota Kinabalu: K.T.I. Sdn Bhd’s The Logg, Luyang has launched Easy Care, its brand-new hospitality initiative, which aims to elevate the living experience by providing an all–in-one care to its residents at Shorea n Astoria. Read more “Kertas siasatan telah dibuka di bawah laporan kematian mengejut,” katanya dalam satu kenyataan.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.


