Lelaki Terpotong Z*kar Sendiri, Dakwa Mimpi Potong Daging

21 Aug 2022 • 12:17 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

Sepanjang hidup ni, pernah tak korang rasakan yang mimpi tu boleh benar-benar berlaku?

Hah itulah yang terjadi kepada seorang lelaki di Ghana apabila dia dilaporkan dengan tidak sengaja memotong zakarnya sendiri ketika tidur.

Menurut Daily Star, lelaki berusia 47 tahun yang dipercayai tertidur di atas kerusi itu mengambil pisau dan mencederakan dirinya sendiri selepas dikatakan bermimpi memotong daging.

Lelaki tersebut kemudiannya memanggil dua jirannya dalam keadaan masih bermimpi.

Saya sedang duduk di kerusi dan merasa mengantuk. Dalam tidur, saya bermimpi bahawa sedang memotong daging di hadapan saya.

Saya tidak ingat bagaimana saya mengambil pisau itu, malah saya keliru.

Tambah lelaki itu lagi, dia hanya ‘terbangun’ dari mimpinya ketika berada di hospital dan ketika itulah di menyedari bahawa dia sebenarnya sudah memotong zakarnya sendiri.

Difahamkan, ketika ini lelaki tersebut sedang berada di hospital dan cuba mengumpulkan dana bagi tujuan melakukan pembedahan terhadap kemaluannya itu.

Kredit: Daily Star

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved