Lelaki terselamat dalam kemalangan, motosikal dinaiki hangus terbakar

3 Sep 2023 • 9:51 PM MYT
Scoop.my
Scoop.my

News You Can Use, Investigative Reports, Sports, Videos, and Analysis

image is not available

KUALA LUMPUR — Seorang lelaki cedera ringan namun motosikal yang dinaikinya rentung berpunca dari kemalangan jalan raya berhampiran bangunan Parlimen, di Lebuhraya Sultan Iskandar, di sini sebentar tadi.

Komander Operasi Bomba, S. Thirugaiyah berkata, dalam kejadian itu, lelaki berkenaan hanya mengalami cedera ringan di bahagian tangan namun motosikalnya hangus terbakar.

“Seramai lapan anggota bomba dari Balai Bomba Sentul telah dikejarkan ke tempat kejadian selepas menerima panggilan pada 8.33 malam.

“Anggota bomba bertindak memadamkan kebakaran dengan menggunakan alat pemadam api jenis debu kering,’’ katanya dalam kenyataan di sini.

Kebakaran itu berjaya dipadamkan sepenuhnya pada 8.51 malam. – 3 September, 2023

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved