Lelaki terselamat, Proton Waja dihempap pokok tumbang

6 Mar 2023 • 4:08 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available

image is not available
Anggota bomba dan penyelamat memotong pokok tumbang di Dataran Kuala Kubu Bharu, di sini, pada Isnin.

HULU SELANGOR - Seorang terselamat selepas kereta dipandunya dihempap pokok akasia yang tumbang semasa kerja pembersihan di Dataran Kuala Kubu Bharu, di sini, pada Isnin.

Ketua Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Selangor, Zulfikar Jaffar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 10.31 pagi.

"Sepasukan lima anggota bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Kubu Bharu bergegas ke lokasi kejadian.

"Menurut laporan awal, terdapat sebatang pokok menghempap Proton Waja yang bergerak, mangsa berusia 43 tahun memandu berseorangan itu berjaya menyelamatkan diri," katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Zulfikar berkata, operasi pembersihan pokok itu kemudian dijalankan dengan bantuan anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS).

"Kerja-kerja pembersihan di sekitar lokasi kejadian mengambil masa kira-kira 20 minit," katanya.