Lelaki terselamat, rumah kayu tiba-tiba runtuh

19 Feb 2023 • 5:17 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Keadaan rumah yang runtuh 100 peratus runtuh.

image is not available
Bomba menjalankan pemeriksaan di kawasan rumah runtuh di Kampung Tanjung Lumpur pada Ahad. - Foto Bomba Pahang

KUANTAN - Seorang lelaki terselamat selepas rumah kayu yang didiaminya secara tiba-tiba runtuh dalam satu kejadian di Kampung Tanjung Lumpur pada Ahad.

Dalam kejadian jam 2.34 petang itu, Mohd Rizal Mohd Nor, 52, berjaya dikeluarkan oleh orang awam dan dalam keadaan selamat.

Pegawai Perhubungan Awam, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Zulfadli Zakaria berkata, tujuh pegawai dan anggota bomba ke lokasi kejadian sebaik sahaja menerima laporan kejadian itu.

"Sebaik sahaja tiba di lokasi, terdapat sebuah rumah yang diperbuat daripada kayu 100 peratus runtuh.

"Bagaimanapun, mangsa telah dikeluarkan oleh orang awam," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Zulfadli memaklumkan pihak bomba telah menjalankan pemeriksaan dan pemantauan di lokasi terbabit bagi memastikan kawasan itu betul-betul selamat.