Lelaki Tertinggal Isteri Di Stesen Minyak, Hanya Sedar Selepas 300 Kilometer

10 Jul 2025 • 10:50 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Lelaki Tertinggal Isteri Di Stesen Minyak, Hanya Sedar Selepas 300 Kilometer

Seorang lelaki berusia 62 tahun dari Perancis menghubungi pihak berkuasa bagi melaporkan bahawa dia tertinggal isterinya di sebuah stesen minyak di lebuh raya, dan malangnya, dia langsung tidak ingat di mana.

Insiden aneh itu berlaku pada 5 Julai lalu, ketika lelaki tersebut bersama isteri dan anak perempuan mereka memulakan perjalanan percutian dari Paris ke Maghribi menaiki kereta keluarga.

Mereka berhenti di beberapa stesen minyak untuk berehat, namun sekitar jam 4.30 pagi, lelaki itu tanpa sedar telah memandu meninggalkan isterinya di salah satu stesen tersebut.

Lebih mengejutkan, dia hanya menyedari kehilangan isterinya selepas memandu sejauh 300 kilometer.

Dalam keadaan cemas, dia segera menghubungi perkhidmatan kecemasan dan memaklumkan bahawa dia telah tertinggal isterinya, tetapi tidak dapat mengenal pasti lokasi atau masa sebenar kejadian berlaku.

“Kami menerima panggilan yang mengelirukan ini sekitar jam 8.30 pagi. Lelaki itu tidak pasti di mana dia berhenti atau bila. Dia hanya menyebut kemungkinan berhenti di sekitar Orléans. Kami kemudian hubungi pasukan kami di sana untuk membuat semakan,” kata jurucakap Gendarmerie di wilayah Lardes kepada media tempatan, France 3.

Menambah kekeliruan, anak perempuan pasangan itu yang berusia 22 tahun berada bersama dalam kereta, tetapi tidak dapat membantu polis kerana dia sedang tidur dan tidak menyedari ibunya telah ditinggalkan.

Pihak polis telah memeriksa beberapa kawasan rehat di sepanjang lebuh raya, namun masih gagal mengesan wanita berkenaan.

Keadaan menjadi semakin mencemaskan apabila polis mula mengesyaki kemungkinan lelaki itu sengaja meninggalkan isterinya.

Namun, polis akhirnya berjaya mengesan isteri lelaki itu dengan bantuan syarikat telekomunikasi yang menjejak lokasi telefon bimbitnya.

Wanita berkenaan ditemui di sebuah stesen minyak di kawasan Deux-Sèvres, kira-kira 300 kilometer dari tempat suaminya menyedari kehilangannya.

Difahamkan, sejak ditinggalkan jam 4.30 pagi, wanita itu tetap menunggu di lokasi sama dengan harapan keluarganya kembali.

Hasil siasatan mendapati lelaki terbabit benar-benar terlupa tentang isterinya dan tidak berniat jahat. Selepas keluarga itu disatukan semula, mereka dibenarkan meneruskan perjalanan ke Maghribi.