Lelaki Tewas Diserang, Dibelit Ular Sawa Gergasi Sepanjang 7 Meter

WorldEnvironment
25 Jun 2026 • 11:19 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

Lelaki Tewas Diserang, Dibelit Ular Sawa Gergasi Sepanjang 7 Meter

Lelaki Tewas Diserang, Dibelit Ular Sawa Gergasi Sepanjang 7 Meter

Penduduk di Pulau Taliabu, Maluku Utara, Indonesia digemparkan dengan dua insiden serangan ular sawa gergasi yang meragut nyawa dalam tempoh kurang sebulan.

Mangsa terbaharu ialah seorang lelaki berusia 25 tahun, Lifas, yang maut selepas diserang dan dibelit seekor ular sawa sepanjang kira-kira tujuh meter ketika berada di kawasan kebun di Air Pala, Desa Ufung, Kecamatan Taliabu Utara pada Selasa.

Diserang ketika dalam perjalanan ke kebun

Menurut Ketua Polis Sektor Siap Gela, Iptu Imran Husaleka, Lifas keluar dari rumah kira-kira jam 6 pagi untuk menuju ke kawasan kebun di Air Pala.

Bagaimanapun, ketika melalui laluan di kawasan tersebut dengan kenderaannya, dia secara tiba-tiba diserang seekor ular sawa sepanjang tujuh meter.

Ular berkenaan dilaporkan menggigit kaki kiri mangsa sebelum membelit tubuhnya dengan kuat.

Seorang saksi berusia 39 tahun yang melalui kawasan itu kemudian menemui Lifas dalam keadaan dibelit ular berkenaan.

Menyedari dia tidak mampu menyelamatkan mangsa seorang diri, saksi tersebut segera mendapatkan bantuan daripada pengawal keselamatan sebuah syarikat berhampiran.

Beberapa anggota keselamatan bersama penduduk kampung kemudian bergegas ke lokasi kejadian dan berjaya menumpaskan ular tersebut menggunakan senjata tajam.

Mangsa kemudiannya dibawa pulang ke rumahnya dengan bantuan ambulans syarikat sebelum proses pengebumian dijalankan selepas pemeriksaan pihak kesihatan.

Wanita ditemui maut, separuh badan dalam mulut ular

Dua minggu sebelum kejadian yang menimpa Lifas, seorang suri rumah, Elizabeth Yamalau, turut menjadi korban serangan ular sawa.

Menurut polis, wanita itu keluar ke kebun yang terletak kira-kira 300 meter dari rumahnya pada sebelah petang untuk memindahkan lembu ternakan milik keluarganya.

Namun, sehingga waktu senja dia tidak pulang ke rumah, menyebabkan suaminya, Benyamin Lanto, pergi mencarinya di kawasan kebun.

Baca juga:

Sebaik tiba di lokasi, lelaki itu menemui isterinya dalam keadaan yang amat menyayat hati apabila separuh badan mangsa sudah berada di dalam mulut seekor ular sawa besar.

Mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Benyamin kemudian bertindak memotong kepala ular tersebut sebelum mengeluarkan jasad isterinya.

Image from: Lelaki Tewas Diserang, Dibelit Ular Sawa Gergasi Sepanjang 7 Meter
Gambar: KOMPAS.com

Penduduk kampung yang tiba tidak lama kemudian membantu membawa pulang mayat mangsa ke rumah untuk urusan pengebumian.

Ular sawa, buaya antara ancaman utama

Ketua Polis Pulau Taliabu, AKBP Adnan Wahyu Kashogi berkata, insiden melibatkan manusia dan haiwan liar bukan perkara baharu di Pulau Taliabu.

Menurutnya, berdasarkan rekod pihak polis, serangan buaya dan ular sawa besar merupakan antara insiden yang paling kerap dilaporkan oleh penduduk dan ada yang berakhir dengan kematian.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved