Lelaki Thailand maut kemalangan motosikal di jambatan Kuala Besut

4 Jan 2026 • 10:44 AM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

Seorang lelaki Thailand maut selepas motosikalnya bertembung kereta di jambatan Kuala Besut, Besut; isterinya cedera dalam kejadian itu

JERTIH: Seorang lelaki warga Thailand maut dalam kemalangan jalan raya yang melibatkan motosikal dan sebuah kereta di jambatan Kuala Besut di sini.

Pemangku Ketua Polis Daerah Besut DSP Md Sani Md Saleh berkata pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian itu pada pukul 3.30 petang semalam.

Mangsa, Adnan Bueraheng, 51 tahun, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Kemalangan itu turut menyebabkan isteri mangsa yang berusia 48 tahun dan membonceng motosikal tersebut mengalami kecederaan.

“Siasatan awal mendapati mangsa memotong di garisan putih berkembar dan memasuki laluan bertentangan sebelum bertembung dengan kereta,” kata Md Sani dalam satu kenyataan.

Beliau berkata mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Besut untuk prosedur bedah siasat.

Siasatan lanjut sedang dijalankan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.