Lelaki Tiba-Tiba Tendang & Ludah Tesla Di Parkir Cetus Tanda Tanya – “Dia Marah Loan Kereta Dia Tak Lulus Kot”

LocalCars
10 Sep 2024 • 11:43 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Seorang pemilik kereta EV jenama Tesla ‘speechless’ selepas menonton rakaman dashcam apabila melihat ada individu yang tidak dikenalinya melakukan vandalisme terhadap keretanya.

Berdasarkan dashcam tersebut, tiga individu dilihat berjalan melalui bahagian hadapan Tesla putih miliknya dan tiba-tiba lelaki yang berada di belakang menendang keretanya.

Bukan itu sahaja, dalam kejadian yang berlaku di Nexus, Bangsar South itu lelaki terbabit turut dilihat berpatah balik untuk meludah ke keretanya.

Kejadian itu berlaku pada Sabtu lalu dan menurut pemilik terbabit dia sudah pun membuat laporan polis, pada hari yang sama.

Namun difahamkan hanya laporan sahaja diterima dan tiada fail kes yang dibuka oleh pihak polis kerana tiada kerosakan fizikal terhadap kereta itu.

image is not available

image is not available

Ramai warganet yang tertanya-tanya punca lelaki berkenaan berbuat sedemikian dan mengapa dua individu bersamanya itu tidak menegurnya.

Namun, segelintir individu mendakwa lelaki itu berkemungkinan mempunyai ‘masalah kesihatan’ berdasarkan rakaman yang ditonton.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 4 weeks ago

"Berlakon Jadi B*doh Pulak" - Gelagat Pemilik Tesla Curi Elektrik Di Rumah Jadi Tumpuan Netizen