Lelaki tikam teman wanita ditahan di Pulau Pinang

15 Oct 2024 • 10:18 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Laporan Sinar Harian.

JEMPOL - Lelaki Myanmar yang memukul dan menikam teman wanitanya yang merupakan warga Indonesia hingga parah pada bulan lalu telah berjaya ditahan di Pulau Pinang pada Selasa.

Ketua Polis Daerah Jempol, Superintenden Hoo Chang Hook berkata, lelaki Rohingya berusia 38 tahun itu ditahan kira-kira jam 1 tengah hari oleh sepasukan polis dari Bahagian Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Kontinjen Polis Negeri Sembilan, Bukit Aman dan Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jempol.

"Permohonan reman terhadap suspek akan dibuat pada pagi esok di Mahkamah Bahau dan kes disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan," katanya pada Selasa.

Sinar Harian sebelum ini melaporkan gara-gara ingin pulang ke kampung halaman di Indonesia, wanita berusia 40 tahun parah di muka, perut dan bahu akibat dicederakan teman lelakinya dalam kejadian di sebuah rumah di Taman Acbe, Bahau.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved