Lelaki tipu pelaburan ditahan, mangsa rugi RM240,000

14 Mar 2024 • 2:29 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available

BALIK PULAU - Polis menahan seorang lelaki yang disyaki terlibat dalam kes penipuan pelaburan minyak enjin kenderaan yang mengakibatkan mangsa mengalami kerugian RM240,000, di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintenden Kamarul Rizal Jenal berkata, ahli perniagaan berumur 51 tahun itu ditahan di Bayan Lepas, susulan laporan oleh seorang wanita berusia 24 tahun bekerja sebagai pengurus besar sebuah syarikat, baru-baru ini.

Beliau berkata, menurut laporan, wanita itu diperkenalkan kepada lelaki berkenaan oleh bapa angkatnya untuk melabur dalam syarikat suspek, dan dia bersetuju dan membuat pemindahan wang dengan jumlah keseluruhan RM240,000 kerana dijanjikan keuntungan RM50,000 sebulan.

Bagaimanapun katanya wanita itu merasa dia ditipu apabila menerima hanya RM1,000 sejak melabur Jun lepas, dan dia kemudiannya bertindak membuat laporan polis.

"Lelaki itu kini direman sehingga 17 Mac dan kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan iaitu tipu," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Menurutnya siasatan awal mendapati lelaki itu menggunakan wang yang dilaburkan oleh mangsa untuk menjalankan projek baharu yang lain kerana projek minyak enjin tidak dapat dijalankan disebabkan berhadapan masalah rundingan dengan kontraktor projek. - Bernama

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved