Lelaki Tuduh Staf Kesihatan ‘Mengular’ Selepas Jumpa Ambulans Di Kawasan Rekreasi Raih Perhatian [Video]

LocalOpinion
8 Aug 2024 • 12:00 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available

Ambulans merupakan sebuah kenderaan yang dilengkapi dengan alat-alat perubatan untuk membawa dan merawat pesakit.

Jika di Malaysia, terdapat ambulans daripada hospital kerajaan dan ada juga ambulans yang dimiliki oleh pusat perubatan swasta serta persendirian.

Kebiasaannya, ambulans-ambulans ini banyak dilihat di atas jalan raya untuk menghantar atau mengambil orang sakit daripada sesebuah kawasan ke hospital.

Tular lelaki jumpa ambulans parkir di kawasan rekreasi

Bagaimana baru-baru ini, tular di media sosial seorang lelaki membuat tuduhan tidak berasas selepas menjumpai sebuah ambulans berada dalam keadaan parkir.

Menerusi hantaran video yang dimuat naik di akaun TikTok @jejakaperasannn, lelaki terbabit mendakwa ambulans berkenaan diparkir di kawasan rekreasi Templer Park, Rawang.

Selamba tuduh kakitangan perubatan sedang curi tulang

Tanpa bukti kukuh, lelaki berkenaan terus menuduh bahawa pemandu ambulans atau kakitangan kesihatan berkenaan sedang mencuri tulang.

“Amboi, amboi, amboi, ambulans pun pandai ‘mengular’, aku ingat pemandu lori je pandai ‘mengular’.

“Hospital **** **** ****, Ipoh, Perak, korang punya ambulans sini ‘mengular’ dekat Templer Park, boleh ke ambulans mengular? Cuba jawab,” katanya.

Video berdurasi 36 saat itu kemudiannya meraih perhatian ramai dengan lebih 350,000 jumlah tontonan dan 3,047 tanda suka setakat artikel ini ditulis.

Memindai ke ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial mengkritik lelaki terbabit kerana menuduh tanpa sebarang bukti kukuh.

Orang ramai bersangka baik, kemungkinan berehat sebentar sebelum sambung perjalanan

Kebanyakan orang juga meminta agar lelaki terbabit untuk bersangka baik terhadap pemandu ambulans dan kakitangan kesihatan berkenaan yang berkemungkinan berehat sebentar setelah menyelesaikan tugas sebelum pulang semula ke Ipoh, Perak.

Tidak hanya itu, ada juga yang mendakwa bahawa ambulans terbabit berkemungkinan juga sedang menunggu pesakit untuk diambil.

Namun setakat ini, tiada sebarang kenyataan rasmi daripada pihak hospital, artikel ini akan dikemaskini sekiranya ada perkembangan.

image is not available

image is not available

image is not available

image is not available

Source:

View Original Article